Quantcast
Channel: Perlis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Hukum Eksploitasi Iklan Terhadap Wanita

$
0
0
Tarikh Keputusan: 
20 Feb, 2012
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke 5 yang bersidang pada 20 Februari 2012 / 27 Rabiulawal 1433H  telah membincangkan mengenai Hukum Eksploitasi Iklan Terhadap Wanita. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :
 
Islam meletakkan kedudukan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan sebagai bahan eksploitasi demi keuntungan pihak-pihak tertentu. Fenomena pengiklanan pada masa kini yang mempamerkan aurat adalah menyalahi syariat Islam Islam. Sehubungan itu :
  • Umat Islam khususnya kaum wanita dilarang daripada terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.
     
  • Pihak Kerajaan, pengamal media dan masyarakat keseluruhan hendaklah bergabung tenaga untuk membendung perkara ini daripada terus merebak.
 
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 10